OHSAS 18001 ke ISO 45001

dengarnya penukaran OHSAS 18001 ke ISO 45001 ditangguhkan. Nantikan

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Salam Kemerdekaan 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta….

Tema hari kemerdekaan 2014, semoga kita dapat menyemai semangat cintakan negara…

semoga Malaysia terus aman dan damai hidup dengan penuh keharmonian

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Holland Theory 7: konvensional

Personaliti yang terakhir di dalam Holland Theory ialah Konvensional.

Orang “Konvensional” mewujudkan persekitaran “Konvensional”. Sebagai contoh, mereka khususnya akan menghargai orang yang teratur, dan baik berikutan pelan yang ditetapkan – baik bekerja dengan rekod bertulis dan nombor dalam satu cara yang sistematik, teratur.

Persekitan kerja yang dekat dengan personaliti ini adalah jenis realistik dan enterprising. Contoh kerja adalah Kerani Pejabat Pos, Setiausaha atau Penjaga Buku.

Posted in Uncategorized | Tagged , | Leave a comment

Suatu Hari…

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yg kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput:

“Wahai siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?”

Siput menjawab: “Kamu kaum katak mempunyai empat kaki & boleh melompat ke sana ke mari,
Tapi saya, saya mesti membawa cengkerang yg berat ini, merangkak di tanah, jadi saya berasa sangat sedih.”

Katak menjawab: “Setiap kehidupan memiliki penderitaan masing², tapi kamu cuma melihat kegembiraan saya, tidak melihat penderitaan kami (katak).”

Dengan tiba-tiba, ada seekor helang besar yg terbang ke arah mereka, siput dg cepat memasukan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak menjadi mangsa Sang Helang…

Akhirnya Sedarlah Si Sang Siput… ternyata cengkerang yg di milikinya bukan merupakan suatu beban… tetapi adalah kelebihannya…

Nikmatilah kehidupanmu, tidak perlu dibandingkan dgn orang lain. Keirian hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan…

Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yg banyak bukan pula saat kita di rumah mewah & memiliki kenderaan.

Karena bukan kebahagiaan yg menjadikan kita berSYUKUR tetapi berSYUKURlah yg menjadikan kita berbahagia…

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Leave a comment

Today’s Words

Stress bukan untuk dihapuskan tetapi untuk diuruskan, sedikit stress diperlukan untuk meningkatkan motivasi serta produktiviti di dalam pekerjaan, akan tetapi jangan biarkan stress itu memakan diri

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

Holland Theory 6 : Enterprising

Pada teori ini (enterprising), Seseorang itu akan lebih bersikap aktif dan dominan terhadap persekitaran, Di  dalam bidang perniagaan atau undang-undang akan terdapat lebih banyak orang seperti ini kerana mereka akan mempunyai sifat ingin tahu yang secara tidak langsung mencetuskan pada suasana enterprising tersebut.

Antara personaliti yg hampir dengan personaliti ini adalah Sosial dan Konvensional. Contohnya adalah seperti Jurujual, Jurulatih, Pengerusi Bank dan sebagainya.

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

KES : Pertindihan cuti hari raya & Hari Kemerdekaan

Selamat Hari Raya Dan Juga Salam kemerdekaan dari saya, bagi kebanyakan company mesti ambil cuti selama seminggu terus. Ye la, kan hari raya jatuh pada Selasa dan Rabu,

Tetapi apa yang saya nak mentionkan pada topik kali ini adalah, Hari kemerdekaan, 31 ogos jatuh pada hari raya kedua adakah cuti itu boleh skip ke 1hb iaitu Hari Raya ketiga?

Menurut pandangan saya majikan boleh menentukan cuti hanya dua hari sahaja, tidak perlu ganti kerana cuti Hari Raya adalah tidak wajib. Hah? Di dalam akta kerja majikan wajib memberi cuti sebanyak 10hari, 4hari wajib yang mesti diambil adalah Keputeraan Yang Dipertuan Agong, Ketua Negeri (ketua Menteri, Sultan, YDP), Hari Kemerdekaan dan Hari Pekerja. Isu Hari Malaysia pula saya masih belum ada kepastian, tetapi 4 hari ini adalah wajib. Dan yang lain-lain majikan berhak memilih.

Tetapi setiap Hari Kelepasan majikan wajib untuk memberitahu pekerja. Berbalik kepada kes ini, katalah majikan tidak menamakan Hari Raya sebagai kelepasan syarikat, dari segi moralitinya, lain jugak. Lebih-lebih lagi pekerja majoriti adalah pekerja Islam.

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment

Today’s Words

Hari ni mari kita memotivasikan diri dalam kerja, Biasala dalam bekerja kita kadangkala grafnya menaik, kadangkala menurun. Apabila turun pastikan ianya menaik semula. Perkataan kita hari ini adalah…

“Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka yang berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu-Hamka”

Posted in Uncategorized | Tagged , | Leave a comment

Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Dalam Program 6P

Mungkin agak terlalu lewat untuk saya mengetengahkan isu ini, perkara ini menjadi hot isu kerana kerajaan mengeluarkan arahan untuk majikan mendaftarkan pekerja mereka dalam masa lebih kurang 3 minggu. Kelam Kabut dibuatnya,

Saya juga turut bersama-sama memeriahkan kesesakan di Jabatan Imigresen, 6jam beratur hanya untuk mengambil nombor giliran. Suasana begitu meriah sekali. Bagaimana agaknya pula keadaan anggota yang bertugas, hampir 24 jam sehari mereka menjalankan tugas ini.

Saya melihat langkah yang dijalankan kerajaan ini lebih memihak kepada majikan. kenapa?

1. Majikan boleh mendaftarkan pekerja mereka yang tidak sah kepada sah (win win situation),

2. Pekerja Asing yang membuat masalah contohnya jenayah akan mudah dikesan, So, lepas nie nak ambil pekerja boleh tahu die pernah membuat masalah ke tidak.

3. Majikan boleh ‘mengikat’ pekerja tersebut. Contohnya, selalu pekerja yang tidak dapat kemudahan, layanan yang baik atau gaji yang ok (pekerja asing sekarang tidak sama dengan yang dahulu) maka mereka akan melarikan diri. Apabila lari maka pekerja tersebut akan di blacklistkan.

4. Pekerja yang telah cukup masa (10 tahun rasanya) tidak lagi akan bekerja di Malaysia, So, majikan akan lebih senang kerana pekerja yang telah lama bekerja di malaysia sudah pandai bersuara, maka majikan akan ditekan. Kalau orang baru masih boleh diperintah, senang kata tidak banyak songeh.

Tapi apa pun, dalam hal ini kebaikan memihak kepada majikan, keburukan juga pasti ada.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Todays Word’s

Semasa bekerja dalam Sales dahulu boss saya mengajak saya ke satu tempat (bukan waktu bekerja),, ini bukanlah menjadi satu kebiasaan pada saya, di tepi shopping mall, dibawah pokok, di dalam kegelapan malam dengan cahaya yang samar-samar, dia sambil meminum minuman keras (tin), Dia berkata

“Sebelum Melihat Pelangi Kena Meredah Hujan Dulu”

Saya faham dia inginkan saya untuk bekerja lebih keras lagi, dia melihat potensi dalam diri saya, tapi saya pun tidak tahu di mana saya. Pernah di satu ketika, masa tu memang tiada sales langsung, Mall dah nak tutup, aku sudah surrender, tp die paksa jugak untuk dapatkan satu sales sebelum tutup kedai.

Ada kalanya kita tidak melihat adakah perkara yang kita lakukan itu akan membuahkan hasil, jadi kita teruskan sahaja apa yang kita buat, InsyaaLLah kita akan lihat hasilnya satu hari nanti. Selamat Berusaha.

Posted in Uncategorized | Tagged , | Leave a comment